UFO Pernah 'Mendarat' Di Malaysia !

                                                 UFO KELIHATAN DI KUALA LUMPUR :26/04/2006

         KERATAN AKHBAR LAPORAN UFO DI TANJUNG SEPAT BANTING PADA 18/10/1995

Tahukah anda bahawa UFO (Unidentified Flying Objects) atau objek terbang yang tidak dikenali pernah beberapa kali mendarat di Malaysia?. Kes UFO mendarat di Malaysia jarang-jarang kedengaran dan kekerapan dilihat di Malaysia adalah terlalu sedikit.

Persoalannya apakah Malaysia destinasi yang tidak popular bagi UFO untuk terbang melintasi ruang udara Malaysia?. 

Kita sering mendengar bahawa UFO banyak kelihatan di negara-negara barat seperti Amerika dan Eropah. Apakah Malaysia bukan laluan utama mereka untuk mengetahui kehidupan manusia di sini ?

Sebenarnya kes pendaratan UFO di Malaysia telah beberapa kali mendapat perhatian media yang meluas. Kita masih ingat lagi mengenai laporan UFO kelihatan di Tanjung Sepat Banting,Selangor pada tahun 1995 yang menggemparkan negara pada ketika itu. 

Malahan BAKSA (Bahagian Kajian Sains Angkasa) di bawah Kementerian Sains dan Teknologi pada ketika itu juga telah menghantar anggotanya untuk membuat siasatan. Namun tiada maklumat lanjut susulan daripada laporan UFO ini.

Ini adalah beberapa kejadian UFO yang dilaporkan di Malaysia.

Oktober 1995: penduduk di Tanjung Sepat Banting, Selangor, mendakwa melihat tiga objek UFO empat kali sebulan.

14 Januari 1996: sekumpulan peneroka Gugusan Felda Maokil, Labis, Johor, gempar melihat sejenis objek di angkasa berbentuk kipas angin mengeluarkan cahaya terang. 

 21 Februari 1996: penduduk Kampung Parit Awang, Yong Peng, Johor, mendakwa melihat objek bercahaya di ruang udara kira-kira jam 11.30 malam. 

 26 Mei 1999: seorang penduduk melihat objek bercahaya kebiru-biruan di udara dan cuba mendarat di Gunung Baling.

 6 Mac 2000: kira-kira 1,000 penduduk Kampung Gobek, Tanah Merah, Kelantan gempar dengan dakwaan bahawa satu objek mendarat di kawasan tanah lapang berpaya, di kampung itu pada jam 3pagi. 

 22 Oktober 2000: penduduk Taman Cheras Utama Kuala Lumpur, selesai menunaikan solat Subuh gempar melihat dua objek berputar di angkasa yang mengeluarkan cahaya selama setengah jam. 

 15 Mei 2004: penduduk di Teluk Kemang, Port Dickson dan Rantau, turut melihat dua objek bujur bercahaya kehijauan menyerupai UFO berlegar di udara.

Justeru, laman blog ini juga mengalu-alukan sebarang maklumat, info dan gambar foto yang diperolehi oleh masyarakat untuk dihantar ke laman blog ini. 

Pihak kami akan melakukan kajian terhadap sebarang laporan yang diterima kepada pihak kami. Kami memerlukan kerjasama ramai untuk mengumpulkan data-data berkaitan pendaratan UFO di Malaysia.

Satu kajian saintifik mungkin boleh dilakukan selepas ini. Malahan yang penting bagaimana kita boleh mengambil dan belajar teknologi asing ini dalam memajukan lagi industri angkasa lepas di negara ini. 

Banyak yang mungkin kita boleh pelajari antaranya sistem pendaratan dan pelepasan secara menegak, sistem pecutan, sistem pembakaran dalaman, sistem komunikasinya , green technology dan pelbagai lagi.

Justeru mereka yang menganggap kajian ini sia-sia dan membuang masa wajar memikirkan semula. Ketika dunia sedang mencari sumber tenaga yang menggantikan sumber minyak yang semakin menyusut. Kita mungkin boleh belajar daripada teknologi UFO ini.

MOHD EZLI MASHUT

KETUA PROJEK

KAJIAN DAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI UFO

Email : fsr007@gmail.com / Blog : www.fsr007.blogspot.com

Popular posts from this blog

Agensi Angkasa Negara,Malaysia