Agensi Angkasa Negara,Malaysia



Stesen penerimaan Bumi kerap menerima data dari beberapa satelit-satelit untuk membekal data untuk kawasan-kawasan yang terpilih. Stesen Bumi juga di kenali sebagai "Segmen Pengawasan"(Control Segment).
Stesen-stesen ini mengawas satelit-satelit, memeriksa kedua-dua kesihatan pengendalian dan kedudukan tepat di angkasa. Stesen bumi utama memancar balik isyarat pembetulan ke pemalar ephemeris satelit dan jam offsets ke satelit itu sendiri.

Satelit-satelit kemudian akan menggabungkan pengemaskinian itu kedalam isyarat-isyarat yang mereka hantar ke Penerima. Pembangunan Pusat Sains Negara bermula pada penghujung tahun 2004. Pusat ini berlokasi di Sungai Lang, Banting, Selangor. Fasa pertama melibatkan pembinaan Pusat Operasi Misi (MOC) dan disiapkan pada 5hb Mei 2005.

Pusat Operasi Misi (MOC)
Fungsi pusat ini ialah untuk mengawal dan mengawas operasi-operasi satelit dan pusat ini dilengkapkan dengan alat komunikasi yang dapat berkomunikasi dengan satelit-satelit yang dilancarkan ke orbit rendah dan orbit sederhana.

Objektif stesen bumi ini ialah untuk memberi sistem bumi untuk satelit-satelit ATSB. Tugas utama program ini ialah pengendalian RazakSAT. Sistem Bumi RazakSAT terdiri dari Sistem Pengawalan Misi (MCS) dan Sistem Penerimaan dan Pengolahan Imej (IRPS).

Fungsi-fungsi stesen pengawalan Misi RazakSAT ialah untuk menjalankan pelan misi, penjanaan perintah, penerimaan telemetry dan arkibkan telemetry dan analisis.
Untuk maklumat selanjutnya sila rujuk kepada Sains Angkasa-Pusat Angkasa Negara dalam laman web ini.
Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) ditubuhkan pada Ogos 1988 dan beroperasi penuh pada Januari 1990.Pusat ini dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan untuk memproses imej satelit dan sistem maklumat geografi. Stesen penerimaan bumi satelit untuk penerimaan data terus remote sensing disiapkan dan mula beroperasi pada tahun 2003.

Stesen Penerimaan Bumi MACRES atau lebih dikenali sebagai MGRS adalah stesen penerimaan bumi satelit yang dirasmikan dan mula beroperasi pada Disember 2002. Stesen ini berlokasi berdekatan Temerloh lebih kurang 100 km jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur Malaysia.

Telemetry, tracking and controk dikawal melalui Pusat Pengawalan Satelit MeaSAT di Pulau Langkawi, sebuah pulau di pantai Utara-Barat semenanjung Malaysia, yang telah dikenal pasti sebagai pusat aerospace negara.
Sebuah lagi stesen bumi beroperasi di Kijal, Terengganu mengikut frekuensi VHF 137 - 150.5 MHz. Jejakkakinya meliputi kawasan seluas 3,000 diameter, merangkumi Brunei Darulsalam, Malaysia dan Singapura. Khidmat komersial bermula pada Julai 1999. Aplikasi-aplikasi kebiasaan termasuk koleksi data-data sungai, pengawasan banjir dan pentadbiran kumpulan kapal.

Popular posts from this blog

UFO Pernah 'Mendarat' Di Malaysia !