1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Wahai jamaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintas) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah,kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan’
AL-Quran : Surah Ar-Rahman, Ayat 33

Industri Angkasa Lepas dan aeroangkasa pada masa hadapan akan terus berkembang. Ianya juga dilihat sebagai sumber ekonomi baru dalam perkembangan dunia sejagat. Malahan anjuran Al-Quran untuk menganalisis alam angkasa raya juga adalah untuk melihat kehebatan dan kebesaran ciptaan Allah yang hebat ini.

Pastinya teknologi akan datang bakal terhasil daripada penerokaan angkasa lepas ini dapat memberi manafaat yang cukup besar kepada kesejahteraan umat sejagat.

Menyedari realiti masa kini, penguasaan ilmu dan maklumat berkenaan bidang aeroangkasa dan angkasa lepas ini wajar dikuasai sebaik mungkin. 

Justeru itu kerjasama penyelidikan dan pembangunan ilmu perlu dipergiatkan dan diperkukuhkan. Tanpa kekuatan ilmu kita tidak mampu untuk meneruskan usaha besar ini.

FUTURISTIC SPACE RESOURCES (FSR) ditubuhkan pada 23hb Oktober 2007 oleh Mohd Ezli Bin Mashut adalah kerana mempunyai agenda besar dalam pembangunan aeroangkasa dan angkasa lepas di Malaysia dan global. 

Umumnya bidang ini masih lagi dikuasai oleh regim-regim kuasa besar dunia dan maju. Malahan negara-negara Islam pula masih jauh ketinggalan dalam usaha ini.

Justeru dengan wujudnya FSR ini akan menjadi pencetus dan perintis kepada kemajuan umat Islam global dalam kesedaran untuk meneroka angkasa lepas sebagai medan jihad terbaru dalam usaha dakwah juga kepada semua penduduk dunia amnya.

Tanggapan bahawa Islam dikaitkan dengan keganasan yang cuba diprogramkan kepada minda manusia oleh yang mereka irihati akan dapat ditangkis malahan akan membawa satu dimensi baru dalam pendangan mereka terhadap kehebatan dan keagungan ajaran Islam yang seterusnya untuk mengagungkan Allah sebagai Maha Pencipta Yang Maha Agung.

2. OBJEKTIF

1. FSR akan melaksanakan kajian dan pembangunan bidang aeroangkasa dan angkasa lepas.

2. Kajian juga akan meliputi pembangunan teknologi aplikasi angkasa lepas yang boleh dimajukan untuk kesejahteraan umat manusia

3. Membangunkan potensi insan yang berkebolehan tinggi untuk menguasai bidang aeroangkasa dan angkasa lepas di Malaysia dan peringkat global.

4. Membina keupayaan dan kemahiran bagi melaksanakan projek-projek dalam bidang angkasa lepas pada masa hadapan.

5. Menjadi sebuah syarikat yang mampu membangunkan keupayaan teknologi angkasa lepas untuk dunia Islam keseluruhannya.

3. HALATUJU DAN POLISI

1. Membangunkan komuniti kepakaran dalam bidang angkasa lepas yang terdiri daripada ulama, intelektual, usahawan, pereka, saintis dan golongan yang terlibat dalam satu agenda besar.

2. Membina sebuah portal laman web angkasa lepas yang akan menjadi platform penghubung kepada pertukaran dan perkongsiaan bijak berkenaan bidang aeroangkasa dan angkasa lepas di Malaysia dan global.

3. Menjalinkan kerjasama erat dengan pelbagai pihak dalam dan luar negara dalam membina kerjasama yang erat untuk pembangunan teknologi angkasa lepas.

4. Membangunkan teknologi angkasa lepas dan penerokaan angkasa lepas untuk kesejahteraan umat manusia sejagat dan untuk tujuan keamanan selaras dengan tuntutan Al-Quran dan Al-Sunnah.

5. Membangunkan keupayaan sumber insan yang professional dalam pelbagai bidang yang akan bertindak sebagai perintis kemajuan penerokaan dan kajian angkasa lepas.

6. Mencari dan membangunkan sumber tenaga baru alternatif untuk menggantikan sumber tenaga yang tidak boleh diganti dalam memastikan survival ummah pada masa hadapan dan keseimbangan iklim global.

7. Menggalakkan inovasi di kalangan saintis , ulama dan cendekiawan seluruh dunia dalam menangani masalah sejagat seperti isu pemanasan global, kebuluran, peperangan dan kekurangan sumber tenaga.

4. Rancangan Perlaksanaan Memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan beberapa tindakan yang perlu ialah :

1. Membangunkan Professionalisma Dan Pakar Dalam Bidang Angkasa Lepas :

Dalam membangunkan keupayaan dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Tenaga pakar yang terdiri daripada jurutera, saintis, ulama dan pakar-pakar dalam angkasa lepas perlu dibangunkan daripada aspek keupayaan ilmu dan kemahiran yang khusus.

2. Mempertingkatkan kajian dan penyelidikan Angkasa Lepas :

Dalam memastikan setiap misi angkasa lepas mencapai kejayaan. Kajian dan penyelidikan merupakan tunjang kepada kejayaan misi angkasa lepas ini. Ia akan membabitkan pelbagai pihak dalam satu agenda besar.

3. Mempertingkatkan dan memperkukuhkan kerjasama :

Bagi mencapai kejayaan dalam penerokaan angkasa lepas. Kajian dan teknik-teknik baru yang lebih efisien dan kos rendah perlu diusahakan. Untuk ini kerjasama daripada pelbagai pihak perlu diintegrasikan dan diletakkan dalam satu agenda khusus terhadap kejayaan sesebuah misi.

4. Menjalankan program-program kesedaran ummah dalam bidang berkaitan angkasa lepas.

Program-program seperti seminar, ceramah , bengkel, pameran, dan lain-lain akan dijalankan untuk menimbulkan kesedaran ummah dalam penguasaan angkasa lepas adalah selaras dengan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah.

5. Mewujudkan Think Tank dalam pembangunan angkasa lepas :

Bagi merealisasikan kemajuan dalam bidang angkasa lepas ini maka sebuah badan pemikir yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang akan diwujudkan dalam membina keupayaan yang tinggi.

MOHD EZLI MASHUT 
THE NEXT FRONTIER

Popular posts from this blog

UFO Pernah 'Mendarat' Di Malaysia !

Agensi Angkasa Negara,Malaysia