Posts

Showing posts from March, 2009

UFO Pernah 'Mendarat' Di Malaysia !

Image
                                                 UFO KELIHATAN DI KUALA LUMPUR :26/04/2006          KERATAN AKHBAR LAPORAN UFO DI TANJUNG SEPAT BANTING PADA 18/10/1995 Tahukah anda bahawa UFO ( Unidentified Flying Objects ) atau objek terbang yang tidak dikenali pernah beberapa kali mendarat di Malaysia ?. Kes UFO mendarat di Malaysia jarang-jarang kedengaran dan kekerapan dilihat di Malaysia adalah terlalu sedikit. Persoalannya apakah Malaysia destinasi yang tidak popular bagi UFO untuk terbang melintasi ruang udara Malaysia ?.  Kita sering mendengar bahawa UFO banyak kelihatan di negara-negara barat seperti Amerika dan Eropah. Apakah Malaysia bukan laluan utama mereka untuk mengetahui kehidupan manusia di sini ? Sebenarnya kes pendaratan UFO di Malaysia telah beberapa kali mendapat perhatian media yang meluas. Kita masih ingat lagi mengenai laporan UFO kelihatan di Tanjung Sepat Banting,Selangor pada tahun 1995 yang menggemparkan negara pada ketika itu.  Malahan BAKSA (Bah

BUNGA ROS DI ANGKASA LEPAS

Image
BUNGA ROS DI ANGKASA LEPAS        Wardah adalah perkataan di dalam bahasa arab yang bermaksud Bunga Ros. Mengapa Bunga Ros berada di angkasa lepas?. Sebenarnya fenomena mengagumkan ini telah diceritakan di dalam Surah Ar-Rahman ayat ke 37 yang bermaksud :         ‘ Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilapan minyak’ Ayat ini menceritakan mengenai salah satu proses kehancuran alam yang akan berlaku semasa alam ini kiamat. Peristiwa kehancuran alam ini menggambarkan situasi yang akan berlaku kelak. Betapa dahsyatnya apabila langit terbelah dan dapat dilihat apabila bentuknya menjadi seperti bunga ros yang merah menyala. Proses kejadian ini juga boleh kita lihat dengan penemuan sains yang merujuk kepada proses kehancuran bintang. Bintang-bintang yang besar ini hancur dan musnah bertukar kepada gumpalan gas yang terpisah daripada bahagian dalamnya. Kejadian ini semakin menarik perhatian, apabila satelit angkasa NASA Hubble telah mengambil gambar men

Kewujudan Makhluk Lain Di Alam Kosmos Ini

Image
‘Dan di antara ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan)Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata yang DIA sebarkan pada keduanya.Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendakiNYA.                 ( Surah Asy Syuraa ; Juz 25 :Ayat 29)                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Benarkah ada makhluk lain selain yang ada di bumi ini hidup dan berada selain daripada bumi ini ?. Apakah kita pada suatu masa nanti akan dapat bertemu atau ‘close-encounter’ dengan makhluk-makhluk ini ? Bagaimana dengan kehidupan makhluk-mahkluk ini yang bertebaran di alam semesta ini ?         Persoalan kewujudan makhluk asing yang selalu digambarkan dalam

Gambaran Rajah Kapal Angkasa Milik NASA

Image