Kewujudan Makhluk Lain Di Alam Kosmos Ini




‘Dan di antara ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan)Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata yang DIA sebarkan pada keduanya.Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendakiNYA.

                (Surah Asy Syuraa ; Juz 25 :Ayat 29)                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

        Benarkah ada makhluk lain selain yang ada di bumi ini hidup dan berada selain daripada bumi ini ?. Apakah kita pada suatu masa nanti akan dapat bertemu atau ‘close-encounter’ dengan makhluk-makhluk ini ? Bagaimana dengan kehidupan makhluk-mahkluk ini yang bertebaran di alam semesta ini ?

        Persoalan kewujudan makhluk asing yang selalu digambarkan dalam filem-filem seperti Independence Days, X-Files, Predator, Alien, Close Encounter, ET dan lain-lain lagi banyak menimbulkan tanda tanya kepada semua warga manusia. Malahan para saintis telah lama mengkaji dengan dana yang sangat besar bagi mengkaji dan mengetahui kewujudan makhluk lain yang menghuni di alam semesta ini.

        Umat Islam sebenarnya telah didedahkan dengan maklumat mengenai kewujudan makhluk-mahkluk lain yang berada dalam sistem kosmos ini 1400 tahun yang lepas. Dalam Surah Asy-Syuraa Ayat ke-29 diperjelaskan mengenai terminologi ‘ Al-Dabbah’ iaitu mahkluk-makhluk yang melata.

        Merujuk kepada pandangan Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir, beliau mengutarakan dua pandangan mengenai ayat tersebut. Pertamanya beliau tidak menafikan ayat ini mungkin mengisyaratkan mengenai wujudnya hidupan di alam kosmos ini. Walau bagaimanapun ayat ini boleh juga membawa maksud di bumi sudah ada mahkluk seperti manusia,haiwan dan jin di bumi serta para malaikait di langit. Semuanya sudah bertebaran di muka bumi dan di langit.

        Pendapat ini selari dengan pendapat dan tafsiran yang dibuat oleh Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim. Namun secara dasarnya berpandukan ayat ini, Islam tida menolak kemungkinan wujudnya hidupan di luar bumi sana di sistem suria atau pun sistem kosmos yang sangat luas ini.

        Justeru berdasarkan pandangan di atas, kewujudan dan pertembungan fizikal antara kita dengan mahkluk-makhluk lain di alam semesta ini akan berlaku dan juga pernah berlaku. Walaupun setakat ini tiada satu pengistiharan rasmi daripada mana-mana negara dunia yang mendakwa pernah mempunyai hubungan dengan makhluk-makluk asing.

        Namun apakah benar negara-negara seperti Amerika Syarikat merahsiakan maklumat ini. Bagaimana dengan kes-kes UFOs atau Unindentified Flying Objects yang sering dipaparkan di media-media sebelum ini. Malahan di Malaysia sendiri beberapa kejadian misteri seperti pendaratan UFOs di Tanjung Sepat, Banting di Selangor pada suatu ketika dahulu yang disaksikan oleh orang ramai.

        Apakah badan-badan seperti CIA (Central Intelligence Agency) merahsiakan sumber-sumber maklumat mengenai makhluk asing ini. Dan apakah mereka juga telah menggunakan kepakaran teknologi tinggi daripada makhluk asing ini untuk tujuan meningkatkan sistem ketenteraan mereka khususnya dalam pembangunan jet pejuang seperti Stealth Bomber dan F117A Stealth ?

        Bagaimana pula dengan kewujudan sebuah pangkalan rahsia yang dikenali sebagai AREA-51 yang di dakwa ada menyimpan mayat-mayat makhluk asing dan kapal mereka yang terhempas dalam kejadian Roswell 1947 ?. Sehingga kini maklumat dan kejadian tersebut terus dirahsiakan kepada umum. Mungkinkah President Amerika Syarikat yang baru Barack Obama bersedia mendedahkan mengenai hubungan langsung kuasa besar dunia tersebut dengan mana-mana makhluk asing yang pernah didakwa sebelum ini oleh beberapa pihak ?.

        Jika pertembungan antara manusia dan makhluk-makhluk asing ini akan membawa kesejahteraan kepada kedua-duanya ? Sedangkan jika kita melihat senario dunia, pembunuhan yang tanpa belas ehsan berlaku di mana-mana. Apakah nanti pertembungan dengan makhluk asing nanti bakal mencetuskan konflik angkasa lepas pula akibat kedua-duanya antara manusia dan makhluk asing tidak mempunyai persefahaman yang kukuh. Ini sekadar gambaran penulis mengenai situasi ini kelak.

        Apa yang penting, kita akan terus mengkaji dan memahami isu ini dengan lebih mendalam. Kita berharap isu ini juga bakal menyatukan kembali umat manusia yang masih berkonflik tanpa penghujungnya. Bersediakah umat manusia apabila tiba-tiba sebuah kerajaan daripada dunia asing di sana menyerang manusia tanpa disangka-sangka. Untuk jawapan seterusnya kita akan kupas isu ini dengan lebih mendalam dan tuntas.

TUJUH LAUTAN TERBENTANG LUAS,

SEMUA MANUSIA ADALAH BERSAUDARA…

ALAM SEMESTA TIADA PENGHUJUNG
SEMUANYA HAKMILIK ALLAH…

 


MOHD EZLI MASHUT

FUTURISTIC SPACE RESOURCES

Popular posts from this blog

UFO Pernah 'Mendarat' Di Malaysia !

Agensi Angkasa Negara,Malaysia