Masa Depan
Masa Depan |
Pembuatan angkasa adalah penghasilan produk pengilangan di luar persekitaran atmosfera planet. Kebiasaannya ia merangkumi keadaan mikrograviti dan penyah hampa gas. Pengilangan di ruang angkasa mempunyai beberapa kelebihan ke atas industri berasaskan Bumi, ia termasuk: Persekitarannya yang unik untuk membolehkan proses pembuatan yang tidak boleh dihasilkan semula di bumi. Bahan mentah boleh diambil dan diproses dari badan-badan lain yang terdapat di dalam sistem solar pada kos yang rendah berbanding kos menghantar material ke dalam orbit. Proses-proses yang berpotensi mencemar alam sekitar boleh dilakukan di angkasa dengan risiko yang minimum terhadap keadaan alam sekitar di bumi atau lain-lain planet. Keadaan alam sekitar di angkasa dijangka memberi kelebihan kepada penghasilan pelbagai produk. Apabila kos modal intensif bagi pemasangan fasiliti-fasiliti perlombongan dan perindustrian dibuat, produksi perlulah menguntungkan bagi membolehkan daya kebergantungan sendiri dan menguntungkan masyarakat. Kos yang paling ketara adalah bagaimana mengatasi halangan tenaga untuk melancarkan material ke orbit. Hanya setelah halangan ini dapat dikurangkan, barulah harga permulaan bagi industri angkasa ini akan dapat menarik minat pengusaha-pengusaha. Keperluan ekonomi bagi industri angkasa bermakna memenuhi keperluan untuk mengumpul bahan-bahan mentah yang berkaitan, dengan kos yang minima. Pergerakan ekonomik bagi bahan-bahan di angkasa secara langsung berkaitan dengan ‘delta-v, atau perubahan kelajuan diperlukan untuk menggerakkan tapak perlombongan ke kilang pembuatan. Asteroid yang berdekatan Bumi dan permukaan lunar mempunyai lebih rendah delta-v berbanding pelancaran bahan-bahan dari permukaan bumi. Ahli saintis berpendapat asteroid adalah bahan tinggalan dari permulaan pembentukan sistem solar atau pecahan-pecahan kecil dari kemusnahan planet. Ada kira-kira sepuluh ribu asteroid mengelilingi matahari. Kebanyakannya berkumpul di dalam lingkaran asteroid, di antara orbit Marikh and Jupiter. Ada di antara asteroid-asteroid yang berasingan dari orbit ini, sebenarnya terbang sekali sekala sangat dekat dengan Bumi. Agensi NASA pernah melaporkan kekayaan mineral asteroid-asteroid dalam lingkaran asteroid mungkin mencecah US$100 bilion bagi setiap enam bilion manusia di bumi. John S. Lewis, pengarang buku perlombongan angkasa, Perlombongan di Awan, pernah menyatakan asteroid berdiameter satu kilometer mempunyai berat dua bilion tan. Kemungkinan ada sejuta asteroid yang bersaiz tersebut di dalam sistem solar. Satu daripada asteroid tersebut, menurut Lewis mengandungi 30 juta tan nikel, 1.5 juta tan kobalt besi dan 7,500 tan platinum. Platinum sahaja mempunyai nilai lebih daripada US$150 bilion. Aplikasi pembuatan angkasa yang terbaik pernah dibangunkan adalah kristal protein. Kristal-kristal yang lebih baik kadangkala boleh membesar di angkasa bagi membolehkan seseorang menganggar strukturnya, untuk tujuan penyelidikan perubatan/biologi dan juga pembangunan ubat-ubatan. Walaupun amat kurang kesannya penyelidikan mikrograviti berkaitan struktur biologi sehingga kini, adalah munasabah untuk mempercayai bahawa potensi kewujudan kristal-kristal di dalam persekitaran mikrograviti akan menyumbang tahap perkembangan penyelesaian struktur di masa hadapan. Tumbesaran bakteria adalah lebih cepat di angkasa dan mempunyai potensi aplikasi farmaseutikal. Oleh itu, inisiatif-inisiatif bioteknologi akan menjadi tidak lengkap sekiranya tidak disertakan bersama dimensi angkasa.Kualiti vakum yang sangat tinggi di angkasa juga mempunyai potensi aplikasi seperti pembuatan lapisan-lapisan halus filem semikonduktur. Terdapat kajian-kajian berkaitan kanta lekap diperbuat di angkasa. Zeolite digunakan secara meluas dalam industri kimia, telah diperbuat di angkasa dan terbukti lebih baik daripada yang diperbuat di bumi. Aerogel selalunya diperbuat di bumi tetapi telah ada kajian dilakukan untuk mengetahui bagaimana pembentukannya berbeza di dalam keadaan mikrograviti. Microencapsulation adalah teknik yang digunakan secara meluas di bumi. Pembuatan mikrosfera di angkasa telah diselidik bagi dua tujuan, iaitu: untuk memasukkan sel ke dalam badan bagi tujuan rawatan perubatan dan memasukkan ubat ke dalam badan bagi tujuan rawatan perubatan. Bagi kedua-dua kes ini, mikrosfera yang dihasilkan di angkasa adalah lebih baik berbanding yang diperbuat di bumi. Mikrograviti boleh digunakan untuk penyelidikan aloi, yang boleh menghasilkan pemahaman bukti tersembunyi untuk memperbaiki proses pembuatan masa kini di bumi. |