Sun Halo di Langkawi
17 Mac 2010 (Rabu), sekitar 12:45 petang hingga 1:30 petang kemunculan secara tiba-tiba fenomena luar biasa iaitu pelangi penuh mengelilingi Matahari yang dipanggil Sun Halo di ruang angkasa Langkawi. Fenomena ini hanya dapat disaksikan di sekitar kawasan Pulau Langkawi sahaja. Sun Halo yang berlaku ini adalah jenis 22° dengan anggaran fenomena optik tersebut membentuk bulatan 22° di sekeliling matahari. Sun Halo atau Icebow adalah satu fenomena yang sama dengan kejadian pelangi, terbentuk melalui biasan cahaya matahari melalui awan yang mengandungi kristal ais, bukan titisan halus hujan atau titisan air yang terkandung dalam udara. Kristal ais itu adalah dari awam "cirrus" berada pada satu kawasan yang mempunyai jejari yang luas dan berada pada satu ketinggian tertentu bagi membolehkan fenomena itu berlaku. |