Piring terbang waktu malam Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM, YEO LI SHIAN dan AFIFI HAFIZ M. NOR ahad@kosmo.com.my Terdapat lebih 140 kes UFO ‘singgah’ di Malaysia dicatatkan dalam tempoh 30 tahun lalu. Bagi peminat ‘piring terbang’, UFO bukan lagi khayalan. ZAID ZAIN, 43, sedang minum di sebuah restoran di Larkin Perdana, Johor Bahru, pada 17 Mac lalu apabila anaknya yang berusia 10 tahun, Mohd. Nauman menelefon untuk memberitahu dia ternampak sebuah objek pelik berlegar-legar di ruang angkasa. Sebagai seorang yang obses dengan fenomena objek terbang tidak dikenali (UFO), Zaid bergegas pulang. Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 8.30 malam manakala dada langit kelihatan cerah. "Objek itu mempunyai dua warna iaitu putih dan hijau. Jika dilihat dari rumah saya, ia seperti betul-betul berada di ruang udara Stadium Larkin," katanya. KAWAH berbentuk 'Y' yang dipenuhi air di kawasan lapang berpaya dan didakwa kesan objek asing turun telah ditemui di Kampung Gobek, Tanah Mer