Bandar Angkasawan Di Bernam Jaya,Selangor ?

SHAH ALAM, 29 SEPT- Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor (PKNS) merancang mewujudkan sebuah “Bandar Angkasawan” di Bernam Jaya, Selangor, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Omar Othman.

Menurut laporan Bernama semalam, Omar berkata projek ini masih lagi di peringkat awal sehingga kini tiada yang muktamad berkenaan perkara ini.

Ujar Omar, PKNS akan menganjurkan “Kongres Angkasawan” yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 8 Oktober.

“Kami cuba menjadualkan lawatan oleh para angkasawan ke Pusat Sains Selangor yang juga merupakan Bandar Solar/Suria untuk bertukar-tukar pendapat,” kata beliau selepas lawatan oleh angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke petak pameran PKNS di Persidangan Kewangan Global di sini.

Bertemakan, “Dawn of the New Decade: Alternative Investments in Asia”, persidangan anjuran International Herald Tribune dan London Speakers Bureau, berakhir semalam.

PKNS, cabang pelaburan kepada Kerajaan Negeri Selangor, merupakan satu-satu peserta pameran yang mengetengahkan hartanah berprofil tinggi bernilai berbilion ringgit bagi menarik para pelabur berpotensi antarabangsa.

Bandar Solar pertama Malaysia, terletak di Taman Sains Selangor 2, ialah pembangunan semula bandar berintegrasi dan bercampur dengan perindustrian berteknologi tinggi, kediaman komersil dan komponen rekreasi.

Sementara itu, Sheikh Muszaphar melahirkan rasa kagum dengan infrastruktur bertaraf dunia yang PKNS telah tempatkan di bandar Solar.

“Kami akan membawa 100 angkasawan dari seluruh dunia untuk melawat Bandar Solar seperti dari Amerika Syarikat, Iran dan India.

“Mungkin, kami boleh mempromosikan sains angkasa kerana Bandar Solar mempunyai banyak peluang dan potensi,” tambah beliau.

Popular posts from this blog

UFO Pernah 'Mendarat' Di Malaysia !

Agensi Angkasa Negara,Malaysia